Thursday, March 17, 2011

Sedetik Lebih

S E D E T I K L E B I H

.A.n.u.a.r.Z.a.i.n.



Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu



Ternyata ku perlukan cinta

Dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa



Kasihku ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih
Selepas selamanya



Di kala penuh ketakutan

Dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua
Yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu



Ternyata ku perlukan cinta

Dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa



Kasihku ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih
Selepas selamanya





Sedap gilossss ini lagu lah! The lyric is really meaningful to me *wink wink* The very the lagi bila my pooojaan hati yang nyanyi. Handsome giler seyhhh abang Nuar I dalam video klip lagu ni. Bila dengar & tengok rasa macam terbuai-buai dan berada dalam alam khayalan kejap huhu. bila i story dengan friends, diorang cakap i nie so yesterday sebab still minat dengan anuar zain lagi!! heyy,, whose care! lantak laa aku nak minat kat sape2 pom..btw abang nuar memang dalam aty aku ! cewahwahwah!!

Masa first time video muzik ni keluar kat TV, sanggup aku tahan ngantuk tunggu. ASTRO Ria siarkan pukul 11pm. Hari tu pulak memang aku penat + ngantuk sangat. Tapi kerana my sayang, sanggup aku tunggu. Nasib la video yang ke-2 on air. Kalau yang last, mahunya tertidur aku depan TV. Video muzik smart siottt!

Lagu ni sebenarnya OST untuk filem Hikayat Merong Mahawangsa. Aku tengok trailer dia aritu, maaaaaaaaaaakk aihhh! Rasa macam nak lempang diri sendiri kasi percaya tu filem Malaysia. Kagum gila KRU boleh buat filem macam ni. Aku dah siap-siap usha actual date cerita ni sepatutnya release. first day kua memang ramai yang tengok..so aku?? duk kelantan mane ade cinema !! nak balik ipoh !

IEja memang gedikkk.

Ok ok jom layan video klip lagu ni yang aku dapat kat YouTube.




No comments:

Post a Comment